Butik Baru......

Assalamualaikum w.b.t.
Buat semua kenalan hidey di blog Deyzezcolours ni....
Jemput datang ke butik yang diberi nama Marni & Hidey Kuala Lumpur di Wangsa Melawati, mana yang bakal bergelar raja sehari tu kalau nk tgok pakej, promosi, baju2 dan boleh sembang2 tentang idea andan utk dijadikan realiti di majlis perkahwinan anda itu nanti....
Sila like page kami: (FB: /MarniDeyzezcolours)

019-311 3032 Hidey

Monday, August 24, 2009

Aishah - 15 Ogos 2009 - Bukit Goh, Kuantan, Pahang - Majlis Pertunangan


Aishah (angah)
Adik kepada Fizah yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada sebelah malam. Mengenakan pakaian rona-rona pink merah. Oleh kerana mood pakaiannya telah menampakkan ton warna yang terang maka saya sentuhkan wajah angah dengan warna-warna yang lembut.

Monday, August 17, 2009

Shahizan - 7 Ogos 2009 - Kepong, Kuala Lumpur - Majlis Makan Malam



Hidey - 2 May 2009 - Chengal Lempong, Kuantan, Pahang - Majlis Pertunanganku



Hidey(hidayah)
Oh sekarang tibalah giliranku yang melangsungkan majlis pertunangan...pejam celik pejam celik ingatkan tak kahwin tapi alhamdulillah tanpa ku sedari aku bertunang juga akhirnya. Ku lakarkan sendiri solekan secara natural sahaja sebab tunang kan..so ikatan pertunagan ku ini selama setahun. Tunggu pic yang akan datang ok...




Hidayu - 22 Mac 2009 - Bangsar, Kuala Lumpur - Majlis Makan Malam




Grooming - 20 Mac 2009 - Bukit Kiara, Kuala Lumpur


Kak Niza
Ini adalah kelas kedua yang di adakan atas permintaan teman-teman. Pada grooming kali yang pertama saya telah tunjukkan basic untuk mengenakan solekan asas dan pada kali ini kita up sket, saya ajarkan bagaimanakah untuk mengaplikasi kan solekan untuk makan malam. Ini pun salah satu teknik sahaja dan kita kan teruskan berdasarkan pada kehendak pelanggan.

Shashira - 20 Februari 2009 - Shah Alam, Selangor - Majlis Makan Malam


Shashira
Akan menjadi flower girl untuk majlis makan malam dan mengiringi vip. Mengenakan dress putih dan saya gayakan di bahagian matanya dengan solekan smooky eyes agar nampak segar dan tampil hebat.

Fizah - 14 Februari 2009 - Bukit Goh, Kuantan, Pahang - Majlis Bertandang

Fizah
Saya dah berjanji untuk memberikan pic yang terbaik ketika fizah bertunang tahun lepeas dan seminggu selepas hari persadingannya. Inilah wajahnya yang mengenakan tema biru pink. Tinggallah saya seorang di antara best friend yang telah mendirikan rumah tangga.

Fizah - 6 Februari 2009 - Bukit Goh, Kuantan, Pahang - Majlis Akad Nikah


Fizah
Sekarang sudah hampir lebih kurang setahun..tibalah masanya untuk fizah di ijab kabulkan. Mengenakan pakaian serba putih dan saya mengenakan sentuhan cokelat gold bagi menyerlahkan matanya pada malam tersebut. Tahniah. Seoranga lagi teman baik saya yang mendirikan rumah tangga.

Yatie - 20 Januari 2009 - Shah Alam, Selangor - Solekan Majlis Makan Malam



Friday, August 14, 2009

Wan Hasmanirah - 19 November 2008 - Bukit Kiara, Kuala Lumpur - Majlis Makan Malam


Cik Wan
Seorang yang humble. Menghadiri satu majlis makan malam rasmi dan dengan sedikit touch up ke atas wajahnya ia menampakkan kelainan daripada wajahnya yang biasa.

Wan Nor Asiah - 19 November 2008 - Bukit Kiara, Kuala lumpur - Majlis Makan Malam

Puan Asiah
Ingin menghadiri satu majlis makan malam. Mohon maaf oleh kerana saya tidak memaparkan gambar wajahnya yang lebih jelas kerana saya tidak turut serta di majlis tersebut dan beliau pun hanya mempunyai gambar yang diambil beramai-ramai sahaja.

Kak Long - 23 Ogos 2008 - Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Majlis Bertandang

Kak Long (bukan nama sebenar)
Kak Long adalah salah seorang kakak daripada kawan saya yang bermana Kak Azma. Memiliki rupa paras yang sweet dan lemah lembut orangnya. Saya gayakan solekan 'smooky eyes' di bahagian matanya untuk mendapatkan kelainan daripada yang solekan biasa.

Thursday, August 13, 2009

Nor - 10 Ogos 2008 - Cheras, Kuala Lumpur - Majlis Bertandang

Nor
Mengadakan Majlis Bertandang pada 10 Ogos 2008. Mengenakan baju rona hijau pucuk pisang. Seorang yang simple dan tidak cerewet, jadi senang hatilah untuk saya membuat kerja saya dan alhamdulillah sehingga hari ini tiada komen darinya...

Grooming - 19 Ogos 2008 - Bukit Kiara, Kuala Lumpur


Shahizan (mangsa)
Ini adalah kelas Grooming yang diadakan untuk pertama kalinya atas permintaan teman-teman yang ingin berkongsi pengalaman bersama saya. Tahniah atas keberanian yang terlah diberikan oleh Sha kerana bukan senang nak minta wakil untuk tampil untuk mukanya di touch up. Sentuhan solekan asas untuk pertama kli kelas ini diadakan adalah solekan ke pejabat. Pada hari tersebut saya memperkenalkan jenis-jenis alat-alat solek dan bagimanakah cara yang betul untuk menggunakannya. So sekiranya anda berminat untuk belajar teknik asas mengenai solekan sila kumpulkan rakan-rakan paling minima 10 orang untuk satu sesi grooming dan hubungi saya di 019-311 3032 (hidey) untuk maklumat lanjut.

Norafizah - 9 Mac 2008 - Bukit Goh, Kuantan, Pahang - Majlis Pertunagan

Fizah @ Kak Long
Seorang lagi rakan karib yang telah melangsungkan Majlis Petunangan dengan jayanya pada 9 Mac 2008 dan ikatan pertunangan beliau lebih kurang setahun sahaja. Warna bajunya more tu merah maroon. Juga memberikan sepenuh kepercayaan terhadap hasil solekan yang saya hasilkan. Saya agak kecewa sedikit memandangkan gambar yang diambil tidak berapa jelas namun saya akan mempertingkatkan mutu kerja saya di masa akan datang.

Zarina - 21 Disember 2007 - Chengal Lempong, Kuantan, Pahang - Majlis Persandingan


Zarina @ Angah
Adalah seorang yang mempunyai kulit sawo matang. Mengenakan baju persandingannya yang bewarna cream mix gold sket.

Siti Hawa - 28 Mei 2007 - Bukit Sagu, Kuantan, Pahang - Majlis Bertandang

Siti Hawa
Mohon maaf kerana saya tidak dapat mengabil gambarnya secara jelas akan make up nya itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi saya teruskan gambarnya di hari Majlis Bertandang ke rumah lelaki pada 28 Mei 2007 iaitu hari Ahad. Susah pengantin nak naik kereta mak andam ni, tapi derang gembel je.

Siti Hawa - 26 Mei 2007 - Balok, Kuantan, Pahang - Majlis Akad Nikah

Siti Hawa
Salah seorang rakan karib yang mempunyai kepercayaan penuh terhadap hasil kerja yang saya lakukan. Bernikah pada 26 Mei 2007 iaitu hari yang paling bersejarah buat dirinya dan suaminya Fizi.